-Peranan Kerajaan menentukan arah tadbir negara demi keamanan, kesejahteraan warga negara. Kerajaan bertanggungjawab melaksanakan tadbir urus negara berdasarkan prinsip tadbir urus terbaik (good governance).
-Menyediakan kemudahan ekonomi. Kerajaan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur, peraturan dan aturan yang penting untuk keperluan pembangunan ekonomi. Kerajaan perlu menyediakan rangka kerja ekonomi untuk membantu sistem ekonomi beroperasi mengikut garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan.
-Menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat. Segala perkhidmatan disediakan untuk keperluan rakyat dan tidak semua kemudahan yang disediakan 100 peratus daripada kelolaan kerajaan, terdapat juga yang disediakan oleh pihak swasta. Memastikan keamanan dan ketenteraman. Kerajaan berperanan memastikan situasi negara terkawal dan stabil samaada dari aspek sosial, politik dan ekonomi.
-Menstabilkan persaingan. Kerajaan bertindak dan memantau persaingan antara peniaga supaya wujud persaingan yang sehat dalam perniagaan.
-Perlindungan alam sekitar. Kerajaan berperanan menjaga kebersihan alam sekitar supaya tidak tercemar. Menggalakkan pembangunan dilaksanakan secara lestari.
-Penyediaan keperluan asasi. Kerajaan berperanan memastikan keperluan asas rakyat dilengkapi terutama golongan miskin yang berpendapatan rendah. Kemudahan asasi seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan perlu disediakan oleh kerajaan.
No comments:
Post a Comment